Monday, March 21, 2005

untitled

Betullah bak kata orang. Bila ada di depan mata, tak pernah di hiraukan.
Malahan, tak berterima kasih dan bersyukur langsung akan kehadirannya.
Kini, barulah aku sedar akan hakikatnya..aku terpaksa menerima kenyataan
yang dia sudah tiada lagi disisiku. Malahan aku terpaksa menerima hakikat
bahawa dia bukan milikku lagi.

Sebak di dada kurasakan. Menitis air mataku mengenangkan sejarah silamku
dan dia. Tiada siapa yang dapat memahami akan perasaanku yang terluka. Aku
menyendiri, tak mahu berjumpa dengan sesiapa. Tak mahu berjumpa dengan mak
dan ayah yang telah memisahkan kami berdua apatah lagi dengan wanita yang
bakal menjadi isteriku itu. Biarlah aku pendam sebuah luka di hatiku.

Kini, malamku terasa begitu sunyi... tidak seperti dulu sewaktu aku
bersamanya.. Sukar untuk aku melelapkan mata. Ku pusing ke kanan,ku pusing
ke kiri, tak bisa juga aku melelapkan mata. Dia kembali menerjah ke
fikiranku. Oh tuhan... mengapa ini mesti terjadi pada diriku?

Mengapa sanggup kedua ibu bapaku memisahkan kami berdua? Tidakkah mereka
tahu hubungan yang terjalin setelah sekian lama ini? Tidakkah mereka
mengerti bahawa aku tidak boleh hidup tanpanya? 1400

Aku tak dapat menahan lagi kesedihan yang ku pendam dan sebak di dadaku.
Tanpa ku sedari, aku meraung sekuat hati "Kamu semua kejam, kejam,
kejaaaaam"

"Kenapa dengan kau ni?"... ayah tiba tiba muncul didepanku. Dalam hatiku
seraya berkata "eleh... sudah gaharu cendana pula... sudah tahu bertanya
pula orang tua nih". Mak menghampiriku dan duduk disebelahku.

"Man, bukan niat ayah dan mak engkau nak buat begitu. Ini untuk kebaikan
kau juga. Takkan bila dengan si Milah tu pun kau nak bawa dia bersama? Apa
kata Milah nanti?"

"Apa berdosakah Man kalau Man bawa dia bersama? Kalau Milah sayangkan Man,
Milah akan terima dia sebagai madunya. Apa salah dia? Apa salah kami, mak,
ayah?"

Tiba tiba ayah naik berang "Tak salah kau kata? Halo... umur tu dah
berapa... . kahwin kau minggu depan je lagi. Takkan kau nak bawak bantal
busuk kau tu sekali? Mangkuk ayun punya anak".

Aku terkedu tak terkata.

Moral of the story : tak tahulah kalau ada yang tua bangka tu still dok
gentel bantal busuk malam malam. Malulah sikit!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home