Tuesday, January 25, 2005

Bagaimana Cara Makan, Begitulah Cintanya

erm..mcmana le agaknya gaya cinta aku erk? konpius jap..

Bagaimana Cara Makan, Begitulah Cintanya
-----------------------------------------------------------------

" Ish! Pelahapnya dia makan! 'Cancel' nak buat pak we!! Tengoklah tu
makanan tepi bibir pun tak dilapnya. Eiii....teruknya."

Perhatikan gaya teman kamu makan! Masing-masing ada gaya yang tersendiri.
Ada yang makan penuh kesopanan, ada yang makan sambil bercakap bahkan
sambil tersembur pun ada! Ha...jangan tak tahu. Gaya makan si dia di meja
makan juga ada memberikan gambaran sikap sebenar si dia. Apa kata kita
selidik. Perhatikan lah bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai
dia terperasan. Barulah kamu boleh menilai peribadinya.

Makan dengan tenang :
-Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu
buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih
'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun
disebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang
tegas dalam! membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu
tetap satu di hatinya! Cewah!

Asyik belek makanan :
-Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan
tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau
makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja!
Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang
dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So,
usahlah diragukan cintanya!

Serius ketika makan :
-Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat.
Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih
lagi 'wujud' di depannya. Namun keti! ka mengunyah, matanya asyik
perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai!
Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak
mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti
tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri
kamu. Berbahagialah
yek!

Makan sambil borak :
-Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak
luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok
dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar
berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk
memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia
marah. 'Angin satu badan'lah pulak!

Makan sambil kerap tengok jam :
-Tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan tak
ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date
dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah meman! g tabiat dia. Itu semua
menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok
saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka
seseorang yang lembap.

Makan sambil merungut :
-Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah,macam kat
cafe.....,kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga
hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka
berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan
walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia
menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma
awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling
jejaka/gadis kat cafe atau di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci
mata. Nahas u all nanti!

~bagaimana pula cara korang makan ?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home