Tuesday, January 25, 2005

Fwd: 10 SITUASI LELAKI YG HARUS WANITA FAHAMI

Lelaki...
1. Bila si dia sibuk........
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di
tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.
2. Bila si dia ego.......
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini
sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego
sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.
3. Bila si dia romantik........
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di
bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan
jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.
4. Bila si dia panas baran........
Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya.
Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.
5. Bila si dia penat.......
Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat
sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia
membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.
6. Bila si dia pentingkan diri sendiri.........
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang
sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya
mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama
lain.
7. Bila si dia mengongkong.....
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut
saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata
padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak
menjejas hubungan kamu berdua.
8. Bila si dia selamba.......
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh
menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan
dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik
perhatiannya.
9. Bila si dia curang.....
Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan
tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap
dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin
parah kelukaan hati.
10. Bila si dia lurus bendul......
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn
sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi
perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan
sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.

2 Comments:

Blogger Nursuziana said...

some good tips for me...I'll try to be more understanding, kay?

10:31 PM  
Blogger Nursuziana said...

well hunny, i'll try to be more considerate in the future ok? lots of love to you!

10:39 PM  

Post a Comment

<< Home