Monday, March 21, 2005

NAFKAH BATIN: BUKAN HANYA KEPERLUAN SEKS

Tidak semua wanita yang tidak mahu berkahwin itu terlalu memilih suami yang
berpangkat dan bergaji besar. Ada juga dikalangan mereka yang bercita-cita
ingin mencari lalaki yang berilmu dan beramal diatas segala apa yang telah
diperintahkan oleh Allah swt.

Oleh itu mereka terpaksa bertangguh untuk mendirikan rumahtangga dan untuk
mencari seorang lelaki yang beramal saleh di akhir zaman ini ibarat
payahnya mencari sebutir mutiara asli. Sebabnya, ramai suami dewasa ini
mencuaikan tanggungjawabnya di dalam mendidik ahli keluarganya malah tugas
itu diserahkan sepenuhnya kepada isteri dan guru sahaja.

Kita percaya hampir ke semua suami berjaya menunaikan tanggungjawabnya di
dalam memberi nafkah zahir
(seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal) kepada ahli keluarganya.
Tetapi bagaimana pula dengan tuntutan nafkah batin? Rata-rata masyarakat
sekarang memahami bahawa tuntutan nafkah batin itu sekadar untuk melepaskan
keperluan seks melalui jalan yang sah dan tidak lebih dari itu.

Bila sesempit itu pandangan mereka, maka timbullah berbagai masalah di
dalam rumahtangga. Contohnya, ahli keluarga tidak pandai bersembahyang,
tidak pandai mengaji Al Quran, cuai berpuasa dan tidak tahu hukum halal dan
haram. Isteri dan anak-anak hidup terbiar tanpa asuhan dan dididkan Islam
yang sewajarnya.

Nabi saw telah mengingatkan para suami dengan sabdanya yang bermaksud:

"Takutlah kepada Allah dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya
mereka adalah amanah yang berada di sampingmu; barangsiapa tidak
memerintahkan sembahyang kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama
kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada Allah dan Rasul-Nya."

Menunaikan nafkah batin bererti mengajar isteri dan anak-anak dengan ilmu
serta didikan agama yang sempurna sehingga terbentuknya sebuah keluarga
yang dianggotai oleh mereka yang soleh dan solehah. Barangsiapa yang cuai
atau lari daripada tanggungjawab ini bererti dia telah menempah jalan ke
neraka. Nabi saw pernah bercerita menerusi sabdanya yang bermaksud:

"Tidak ada seseorang yang menjumpai Allah swt dengan membawa dosa yang
lebih besar daripada seorang suami yang membodohkan ahli keluarganya."

Apakah ilmu-ilmu dan didikan yang mesti diajarkan oleh seorang suami kepada
ahli keluarga? Setiap suami bertanggungjawab mengajar anak isterinya
ilmu-ilmu fardhu ain iaitu tauhid, fekah dan tasauf. tujuan mempelajari
ilmu tauhid supaya aqidah mereka bertepatan dengan fahaman ahli sunnah wal
jamaah. Contohnya, mempelajari sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi
Allah dan Rasul. Mempercayai rukun-rukun Iman dan rukun-rukun Islam.

Kita diwajibkan mempelajari ilmu fekah sebagaimana penekanan Allah menerusi
firmannya bermaksud:

"Ketahuilah! Bahawa dianjurkan bagi seorang suami memerintahkan isterinya
(dan mengingatkannya dengan nada yang lembut) dan menafkahinya menurut
kadar kemampuannya dan berlaku tabah (jika disakiti oleh isterinya) dan
bersikap halus kepadanya dan mengarahkannya ke jalan yang baik dan
mengajarnya akan hukum-hukum agama yang perlu diketahui olehnya iaitu hukum
bersuci, haid dan ibadah-ibadah (yang wajib dan sunat)."

Justeru itu, suami mesti mengajarkan isterinya cara-cara mandi hadas dan
berwuduk serta masalah haid, nifas dan wiladah. Juga mengenai cara-cara
menyucikan najis serta pembahagian air yang wajib untuk dibuat bersuci,
hukum halal dan haram serta banyak lagi.

Tujuan mempelajari ilmu tasauf pula supaya setiap amalan yang dilaksanakan
itu benar-benar ikhlas dan dijauhkan daripada bersifat riyak, ujub (hairan
kepada diri sendiri) sombong dan lain-lain lagi.

Selain daripada perkara-perkara asas tersebut suami juga bertanggungjawab
mendidik isteri, berakhlak mulia terhadapnya dan terhadap anak-anak,
ibubapa, sesama isterinya sekiranya ada, rakan-rakan, jiran tetangga serta
masyarakat.

Suami perlu memberitahu isteri tentang adab seorang isteri bersopan santun
dalam segala percakapan dan tindakannya. Juga tentang akhlak semasa bersama
anak-anak iaitu berbual dengan mereka dengan bahasa yang baik dan jangan
suka memaki-hamun mereka dengan bahasa yang kesat. Kerana sesungguhnya
kata-kata ibu itu mengandungi doa; jika tercetus dari mulut ibu kata-kata
seumpama "Beruk punya anak1" maka lahirlah watak beruk pada si anak yang
sukar untuk dilentur perangainya.

Selalu ingatkan isteri supaya banyak bersabar dalam menempuh segala ujian
dan perintah-perintah Allah swt. Ajarkannya batas-batas aurat dan
batas-batas pergaulan seorang wanita. Pastikan auratnya terkawal ketika
pergaulan dengan sanak saudara, sahabat-sahabat perempuan, dan ketika
berhadapan dengan lelaki yang bukan muhramnya. Dan supaya isteri tidak
keluar rumah tanpa izin daripada suami.

Isteri yang berjaya dididik dengan baik akan menjadi insan yang patuh
kepada Allah dan taat pada suaminya dikala susah mahupun senang. Dia akan
menjadi insan yang sentiasa menjadi pendorong serta penasihat kepada suami
dalam hal-hal kebaikan, malah sentiasa mendoakan keselamatan ke atas
suaminya pada setiap waktu.

Kesimpulannya, inilah sebahagian daripada tanggungjawab suami dalam
menunaikan nafkah batin kepada isteri. Kiranya suami jahil dan tidak mampu
untuk mengajar isteri dan anak-anak, dia wajib berusaha mencari guru yang
mampu mengajar. Semoga dirinya dan ahli keluarganya terselamat daripada
seksa di akhirat kelak.

Ibnu Abbas pernah berkata: :Berilah pengertian agama kepada mereka (ahli
keluarga) dan berilah pelajaran budi pekerti yang bagus kepada mereka."

Kebenaran tetap ada walau dalam kesamaran

6 Comments:

Blogger nikki said...

hmm artikel yg sgt bagus dari seorang lelaki dinilai oleh saya

1:02 PM  
Anonymous Anonymous said...

Feel free to come and check it out if you get time :-)

5:05 PM  
Anonymous Anonymous said...

I enjoyed you blog about energy information administration. I also have a site about energy information administration which makes me appreciate this one even more! Keep up the good work!

2:49 PM  
Anonymous Anonymous said...

laa, banyak sungguh spam message.
Saya cuma nak bg advice, rasanya lebih sempurna kalau penulis dpt memberi rujukan dimana petikan amanat rasulullah dan sahabat yg digunakan dlm penulisan ini. Paling tidak, boleh juga pembaca merujuk kepada bahan rujukan tersebut utk mendapat rujukan tambahan.

3:20 AM  
Anonymous Anonymous said...

Comment appliquer un thème wordpress téléchargés à partir d'autres sites?

11:00 AM  
Anonymous Anonymous said...

The геport proviԁes establiѕhed
helρful tο me. ӏt’s very useful anԁ you are obviously vеry well-informed in this regiοn.
Yοu havе οpened up mу perѕоnаl
eyeѕ to numerouѕ views on this sрeсific matter togethег with іntriguing and strοng articlеs.


Also visit my web page ... wiki.danva.dk

6:30 AM  

Post a Comment

<< Home