Monday, January 03, 2005

Sepuluh orang

Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT. Disebutkan
didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari
kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44
tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK
DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali
ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih
disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur
orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada
tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat
yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi
debu itu ialah debu KEIMANAN" "mereka. Ole! h itu tinggallah debu itu
sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga,
sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka
adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku. Disebutkan oleh hadith Rasulullah
saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan
akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati.

1. Para Nabi

2 Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu
dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda
Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di
dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat
Ridhwan:

" Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku
berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan
dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan
buah buahan syurga.

"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua"
"anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa "
dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang
yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat
banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa
mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap
sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud

"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu
kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang
b! ermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa
mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah
Al-Baqarah :
237

Untuk renungan dan amalan bersama .

Doa Ikan Nun

============

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN "

0 Comments:

Post a Comment

<< Home