Monday, January 03, 2005

Liana

"Sungguh memalukan!!"

"Maafkan saya bapak, sa..saya..saya menyesal!", Liana terisak-isak di
hadapan bapaknya.

"Menyesal???? Dah terlambat! Kau tahu tak? Nama keluarga kita dah
tercemar! ... belum pernah keturunan kita kena macam nie? Kau tahu tak!"
herdik bapak Liana.

"Sudahlah bang", mak Liana menyampok, "Kita bincangkan sekeluarga."

"Nak bincang aper lagi? ...anak awak nie dah mengaku...... issshhh......."
balas bapanya sambil memalingkan mukanya ke arah pokok di luar.

Liana betul betul menyesal dgn pengakuannya itu... kalau dia tahu bapaknya
jadi camnie dia diam je... toksah mengaku lagi baik. Seluruh hidupnya
seakan-akan runtuh di depan matanya, masa depan dia
gelap? ... dia telah mencemarkan nama baik keluarga dan keturunannya. Dia
tahu masyarakatnya tidak akan dapat menerima dia lagi. Dia tahu
keluarganya dah kecewa. What a letdown? (Sigh).

Di satu pagi yg hening dia keluar berjalan ke arah satu bangunan pencakar
langit yg tinggi. Perlahan-lahan dia menaiki tangga sampai ke atas bumbung
bangunan itu. Dia memandang ke bawah... dia lihat kereta dan org ramai
bersepah kat bawah macam semut-semut yg baru kena spray dgn Baygon. Liana
dah nekad apa terjadi.... jadilah..... Dia dah memalukan keluarganya, dia
mencemarkan keturunannya, bapanya tidak mahu menerima atas kelemahannya
itu.

Liana tebayangkan wajah maknya, air matanya menitis. Emaknya lah tempat
dia bermanja, emaknya la yg akan meyelimutkan dikala sejuk, menyuapkan
dikala lapar, wajah adik-beradik kembarnya juga terbayang dimata. Sambil
mengesat airmatanya, dia menarik nafas panjang... berjalan kehadapan
hingga ke hujung bangunan itu. Setapak demi setapak dia melangkah ke
hadapan hingga dirinya terjatuh melayang ke bawah... dia dapat rasakan
angin yg begitu deras memukul mukanya... jantungnya berdegup pantas bila
dia melihat bumi semakin dekat..... dgn satu tarikan nafas yg dalam, Liana
mengembangkan sayapnya, SWOOOOOSSSSHHHHHHHHH!!!........ dia terbang???.

"Yessss! Yessss! Yessssssssssssssss! I've made it!!!!!", dia memekik
keriangan.

Finally dia dapat melawan fobianya... dia dah no longer afraid of
height... sebagai seekor burung, itulah yg sepatutnya menjadi fitrah
semulajadi... selama ini dia takut..... ye dia takut pada tempat tinggi
dan kerana ketakutan inilah membuatnya tidak mahu terbang... dah bertahun
dia rahsiakan hal ini dari keluarganya.... Sebab tu bapak dia kecewa bila
dia membuat pengakuan itu kerana memang tak pernah seumur hidup seekor
burung takut pada ketinggian. Tapi sekarang dia dah tak takut, dia dah
berani.... dia dah boleh terbang...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home