Monday, January 03, 2005

Mandi Laut

Hai semua.
Citer ni ada la berlaku kat member aku sekitar 4 tahun yg lepas..
Once upon a time........

Satu hari tu aku dengan member aku gi la mandi manda kat satu pantai tu.
Kita orang ni masing masing bawak awek..
So,selepas sejam perjalanan dari rumah sampai la juga ke lokasi yang
paling strategik untuk pakwe makwe mandi manda,bukan merendek tau..
So,sebelum sessi mandi manda,kita orang pun jamah la makanan ringan yang
di bawa bersama..
Bila matahari pun dah tegak atas kepala, kita orang pun tukar la pakaian
yang sesuai untuk mandi manda. Adapun kita orang ni takde la pakai spender
sahaja atau bikini sahaja, masing masing pakai pakaian yang sopan
mengalahkan cipan untuk mandi..

So,apalagi masing masing pun mandi dengan lahapnya macam dah seabad tak
mandi.mandi je,takde pun buat bende lain..
Lebih kurang 10 minit berendam dan buat aksi maut lipat terjun,member aku
ni pun naik. Aku tanyalah naper dia naik cepat sangat,dia kata nak
keringkan badan. Selang 5 minit lepas tu, member aku ni pun masuk balik ke
dalam air.
10 minit lepas tu dia naik balik. Aku tanya lagi, jawapan yang sama aku
dapat-nak keringkan badan..
So lepas setiap 10 minit mandi dia akan naik ke darat lebih kurang 5 minit
untuk keringkan badan, perkara ni berlaku sampai aku pun dah naik muak
tengok..
Baru je aku nak tanya apa motif sebenarnya dia buat macam tu tetiba je
awek dia tanya, mungkin dia pun dah naik menyampah tengok pakwe dia buat
macam tu.

So dia pun tanyalah..

Aweknye: Abang,abang ni kenapa? Limaenam belas kali masuk keluar dari
pantai ni? Konpius juga ayang tengok. Abang ada alergik ke duduk dalam air
laut lelama?

Pakwenye: Bukannye ape,alergiknye takde,apa pun takde masalah duduk dalam
pantai ni lama lama.abang cuma risau,takut lama lama berendam air laut ni
abang takut telo abang ni jadi TELO MASIN...


0 Comments:

Post a Comment

<< Home