Jom bunuh syaitan!
Seorang lelaki berusia limapuluhan tahun baru sahaja kematin isteri
akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran dari orang
tertentu menawarkan beberepa perempuan untuk dijadikan isteri baru dan
teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula
memandangkan anak -anaknya sudah besar malah tinggal jauh di Bandar dan
tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.
Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam- dalamnya dia pun bersetuju
untuk berkahwin.
Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang
kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda
berusia dalam lingkungan dua puluh limatahun.
Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru
yang lain.... ...
Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti kuliah
agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang
diundang khas mengajar agama di kampong tersebut.
Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan
apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut. "Abang, abang nak tau tak,
ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/ bersetubuh kannn abang kann
dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan
tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa
ekor syaitan". Kata si suami "yerr kerr. Tak apa malam ni malam Jumaat,
masa yang sesuai utuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg" sambil
ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian, siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh
syaitan... bang". Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si
isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". "tak
pe...tunggula malam". Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh
syaitan... bang". Si suami diam sambil mengangguk lemah.
Esoknya siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".
Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........
"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang"
1 Comments:
ehehhe...rahsia rumah tangga. tak masuk campur...
Post a Comment
<< Home