Monday, January 03, 2005

Rintihan Bohsia Suci

Hari panas terik. Suasana Section 2 mula lengang semenjak semalam. Memang
begitulah selalunya. Mana-mana student ITM yang tiada kelas pada hari
sabtu, selalunya akan balik kekampung pada hari semalam. Cuma mereka yang
ada kelas saja akan tinggal terus di sini. Itupun tak banyak bilangannya.
Dalam pada manusia lain sibuk menguruskan daki-daki dunia, kelihatan dua
kujur tubuh sedang cuba menyelesaikan persengketaan yang membelenggui
mereka. Terjahan sang mentari seolah-olah tidak dirasakan oleh mereka. Bagi
mereka persengketaan ini harus diselesaikan dengan segera demi masa depan
perhubungan mereka....

"Kau suka hidup macam ni barangkali. Berpeleseran dengan budak takde masa
depan. Bergaul dengan mamat yang tak pernah kau kenal. Keluar dengan semua
jantan yang kau sendiri tak tahu asal-usulnya. Aku dah mati akal
mengenangkan kau ni, kau tahu tak?!! Hei Katy! Apa lagi yang kau nak ha?!!
Apa lagi yang kau tak dapat daripada aku?!!!" Black menggeleng-gelengkan
kepalanya beberapakali sambil tangan depannya menyapu muka. Hampa sungguh
rasanya dengan apa yang telah Katy lakukan.

"Kau silap Black. Tak semua orang yang kau nampak tu jahat perangainya. Kau
belum pernah kuar ngan diorang macamana kau nak tahu. Aku yang lepak ngan
diorang hari-hari, aku tahulah parangai diorang macamana. Kau jangan buruk
sangka ngan semua orang Black? tak baik tahu?" Giliran Katy pula bersuara.
Baginya dia harus menegakkan apa yang dirasakan benar. Dikiri kanan jalan
orang ramai lalu-lalang tanpa sedikitpun menghiraukan apa yang mereka
perdebatkan. Mungkin suasana begini sudah tidak asing lagi kepada mereka.
Heh! Section 2? apalah yang nak dihairankan..?

"But*h kau!!! Kau biarkan jantan-jantan s*ndal tu peluk kau, raba seluruh
badan kau, usik itu, usik ini, cium sampai tak mau-mau,macam tu kau kata
baik?!! Aku saja tak cukup ker?!" Jerit Black sedikit kuat. Serba-salah
Katy dibuatnya. Kepalanya memerhatikan sekeliling. Mujur orang tak perasan.
Memang melampau kau Black!

"Dah memang macam tu cara diorang luahkan kasih-sayang diorang pada aku?
aku nak buat macamana? Takkan aku nak 'bite' sekor-sekor pulak? Kau faham
la sikit keadaan aku Black?" Muka Katy dah mula berubah. Sedih mengenangkan
nasibnya yang hidup merempat sejak ibunya menghilangkan diri.Tunduk saja
mukanya. Dia tahu kata-katanya itu hanya membangkitkan lagi kemarahan
Black. Ternyata apa yang diduganya itu benar. Kalau bukan kerana tempat
awam, mungkin dah lama dia meraung sekuat-kuat hatinya.

"Kasih-sayang?. Kasih sayang kepala hotak bapak kau!! Senangnya kau cakap?
Betina apa kau ni ha?! Sundal!! Lepas ni aku nak kau berambus dan jangan
jenguk-jenguk dalam kawasan aku lagi. Tak kuasa aku nak support kau lagi.
Pegi la kau menagih kat jantan-jantan yang kau kata baik tu.Kau paham?!!"
Black memusingkan badannya lantas mengatur langkah tanpa sedikitpun menoleh
kebelakang. Langkah laksana seorang laksamana rimba yang tak pernah kenal
erti gentar.

Dibelakang kelihatan Katy tersedu-sedu menahan tangisan. Tak pernah seumur
hidupnya dia dicemuh sampai sebegini rupa. Sejak ibunya tiada,hidupnya
memang merempat . Benar-benar mengharapkan perhatian jantan-jantan tu semua
untuk berlindung. Mujurlah dia ada pakej paras rupa?Kalau tidak, dah lama
dia mati kebulur. Buruk sangatkah apa yang telah dia lakukan? Jahat sangat
ker apa yang dah dia buat? Kenapa Black tak pernah nak terima hakikat ini?
Katy cuba mengesat airmatanya dari terus keluar. Dia tak mahu ada orang
tahu kesedihan yang menimpanya ketika itu. Biarlah segalanya di tanggung
sendiri. Mungkin inilah dugaan yang harus ditempuhinya. Hidupnya kini
sebatang kara. Dalam masa yang sama kelihatan kanak-kanak berlari keluar
dari pengkarangan sekolah menengah section 2 menuju kearah bus stand dimana
Katy duduk.

Budak dah habis sekolah. Mesti dah dekat pukul satu ni? kejap lagi bebudak
ITM balik. Bisik hati Katy. Dia memang hilang arah betul kini. Dalam
hatinya dia berdoa agar ada orang yang masih sudi memberikan perhatian
kepadanya dan mengajaknya pulang kerumah. Dapatlah dia mengorat demi
mendapatkan sedikit makanan dan tempat untuk berlindung dari panahan terik
mentari. Kata-kata Back sebentar tadi masih terngiang-ngiang di cuping
telinganya. Sampai hati kau buat aku macam ni Black? selama ni aku serahkan
segala jiwa raga aku pada kau? dan akhirnya ini balasan kau pada aku.
Barangkali kau dah pun menjumpai betina yang jauh lebih 'raa' dari aku.
Hati Katy terus merintis. Sekali-sekala kepalanya tunduk menyembunyikan
tangisan.

"Eh! Gebunya minah ni?.cute lak tu." Katy menahan senyuman. Orang yang
ditunggu-tunggunya sudahpun menunjukkan batang hidung. Student part 04 Fine
Metal ini memang sudah lama dia kenali. Tapi selama ini dia hanya mampu
memerhatikan dari jauh. Ah! Siapa yang tak kenal Zaki. Cerita tentang
kemachoan hati Zaki sudah lama tersebar di section dua. Sudah lama menjadi
buat mulut kawan-kawannya. Barangkali juga lelaki separti inilah yang
paling dibenci oleh Black!

Zaki mula merapati Kathy. Hati Kathy berdebar-debar menunggu reaksi Zaki
selanjutnya. Tangan Zaki mula merayap-rayap ke dagu Kathy. Kathy sengaja
tunduk-tunduk malu. Zaki mula mengusik ?ngusik rambut Kathy sambil mulutnya
tak berhenti-henti memuji ke'cun'an Kathy. Melihatkan respon Kathy yang
lampu hijau tu?Selamba Zaki merangkul Katy tanpa menghiraukan pelajar
sekolah menengah yang lepak di bus stand itu. Selamba juga Katy membiarkan
dirinya dipeluk oleh Zaki dan kononnya malu-malu kucing. Seolah-olah
perlakuan sedemikian memang tidak asing lagi pada manusia hari ini.

"Ikut aku balik rumah, nak? Rumah aku line clear..Aku tinggal dua orang je.
Tak de sape akan ganggu kau. Kau selamat dengan aku. Boleh? " tanya Zaki
seakan merayu. Namun pertanyaan itu tidak terus di jawab olek Katy. Dia
hanya tersipu-sipu malu sambil mengerling manja kearah Zaki. Walhal itulah
yang diidam-idamkan olehnya. Lepas ni mesti dapat 'makan sedap' . Bisik
hati Katy..Zaki mengatur langkahnya menuju kerumah yang tidak sampai
sepuntung rokok itu. Tatkala kakinya cuba melangkah masuk kedengaran suara
abang Rosli menyapa dari belakang?

"Anak kucing mana pulak yang kau kutip tu Zaki?!!"

2 Comments:

Blogger aaa said...

Betapa besarnnya kuasa Allah s.w.t...tiada tolok bandingnya.

5:19 PM  
Blogger aaa said...

Wahai bohsia, bohsia di luar sana...sedarlah anda. Baliklah ke pangkal jalan. Say No to seks rambang...

5:21 PM  

Post a Comment

<< Home