Maria oh Maria
Fauzi dan isterinya, Maria pergi ke Pesta Pulau Pinang setiap tahun.
Apabila terpandang pesawat ringan yang membawa dua penumpang
berlegar-legar di udara Fauzi termenung.
"Maria, abang teringin naik pesawat tu," kata Fauzi.
Setiap tahun Maria akan memberikan alasan yang sama bagi menghalang hasrat
suaminya.
"Tak payahlah bang, RM 50 untuk sekali naik, oii... mahal tu, membazir
saja. Duit sebanyak tu boleh beli banyak benda lain."
Tahun berikutnya, Maria dan Fauzi pergi lagi ke pesta tu. Fauzi masih
ingin menaiki pesawat ringan.
"Maria, abang dah berumur 65 tahun sekarang. Kalau abang tak naik hari
ini, mungkin abang tak akan dapat peluang buat selama-lamanya." kata
Fauzi.
"Abang, RM 50 tu mahal, membazir saja," kata Maria.
Sedang mereka berbual, tiba-tiba juruterbang datang dan mempelawa
kedua-dua menaiki pesawat itu dengan percuma tetapi dengan satu syarat.
"Makcik dan pakcik mesti duduk diam dan tidak berkata sepatah pun semasa
di udara. Tetapi kalau makcik dan pakcik menjerit, saya kenakan bayaran RM
50," kata juruterbang.
Maria dan Fauzi setuju. Sewaktu di udara, juruterbang melakukan
berbagai-bagai aksi, menjunam, tunggang terbalik dan berpusing-pusing
tetapi tidak ada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut kedua-dua
mereka. Berulang kali juruterbang melakukan aksi-aksi ngeri namun pasangan
itu tetap tidak menjerit.
"Wah hebatnya... saya dah lakukan macam-macam cara untuk membuatkan pakcik
dan makcik menjerit tapi tak berjaya," kata juruterbang.
"Sebenarnya saya nak menjerit tadi semasa Maria terjatuh dari pesawat tapi
RM 50 tu besar, membazir saja," kata Fauzi.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home