Monday, March 21, 2005

NAFKAH BATIN: BUKAN HANYA KEPERLUAN SEKS

Tidak semua wanita yang tidak mahu berkahwin itu terlalu memilih suami yang
berpangkat dan bergaji besar. Ada juga dikalangan mereka yang bercita-cita
ingin mencari lalaki yang berilmu dan beramal diatas segala apa yang telah
diperintahkan oleh Allah swt.

Oleh itu mereka terpaksa bertangguh untuk mendirikan rumahtangga dan untuk
mencari seorang lelaki yang beramal saleh di akhir zaman ini ibarat
payahnya mencari sebutir mutiara asli. Sebabnya, ramai suami dewasa ini
mencuaikan tanggungjawabnya di dalam mendidik ahli keluarganya malah tugas
itu diserahkan sepenuhnya kepada isteri dan guru sahaja.

Kita percaya hampir ke semua suami berjaya menunaikan tanggungjawabnya di
dalam memberi nafkah zahir
(seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal) kepada ahli keluarganya.
Tetapi bagaimana pula dengan tuntutan nafkah batin? Rata-rata masyarakat
sekarang memahami bahawa tuntutan nafkah batin itu sekadar untuk melepaskan
keperluan seks melalui jalan yang sah dan tidak lebih dari itu.

Bila sesempit itu pandangan mereka, maka timbullah berbagai masalah di
dalam rumahtangga. Contohnya, ahli keluarga tidak pandai bersembahyang,
tidak pandai mengaji Al Quran, cuai berpuasa dan tidak tahu hukum halal dan
haram. Isteri dan anak-anak hidup terbiar tanpa asuhan dan dididkan Islam
yang sewajarnya.

Nabi saw telah mengingatkan para suami dengan sabdanya yang bermaksud:

"Takutlah kepada Allah dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya
mereka adalah amanah yang berada di sampingmu; barangsiapa tidak
memerintahkan sembahyang kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama
kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada Allah dan Rasul-Nya."

Menunaikan nafkah batin bererti mengajar isteri dan anak-anak dengan ilmu
serta didikan agama yang sempurna sehingga terbentuknya sebuah keluarga
yang dianggotai oleh mereka yang soleh dan solehah. Barangsiapa yang cuai
atau lari daripada tanggungjawab ini bererti dia telah menempah jalan ke
neraka. Nabi saw pernah bercerita menerusi sabdanya yang bermaksud:

"Tidak ada seseorang yang menjumpai Allah swt dengan membawa dosa yang
lebih besar daripada seorang suami yang membodohkan ahli keluarganya."

Apakah ilmu-ilmu dan didikan yang mesti diajarkan oleh seorang suami kepada
ahli keluarga? Setiap suami bertanggungjawab mengajar anak isterinya
ilmu-ilmu fardhu ain iaitu tauhid, fekah dan tasauf. tujuan mempelajari
ilmu tauhid supaya aqidah mereka bertepatan dengan fahaman ahli sunnah wal
jamaah. Contohnya, mempelajari sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi
Allah dan Rasul. Mempercayai rukun-rukun Iman dan rukun-rukun Islam.

Kita diwajibkan mempelajari ilmu fekah sebagaimana penekanan Allah menerusi
firmannya bermaksud:

"Ketahuilah! Bahawa dianjurkan bagi seorang suami memerintahkan isterinya
(dan mengingatkannya dengan nada yang lembut) dan menafkahinya menurut
kadar kemampuannya dan berlaku tabah (jika disakiti oleh isterinya) dan
bersikap halus kepadanya dan mengarahkannya ke jalan yang baik dan
mengajarnya akan hukum-hukum agama yang perlu diketahui olehnya iaitu hukum
bersuci, haid dan ibadah-ibadah (yang wajib dan sunat)."

Justeru itu, suami mesti mengajarkan isterinya cara-cara mandi hadas dan
berwuduk serta masalah haid, nifas dan wiladah. Juga mengenai cara-cara
menyucikan najis serta pembahagian air yang wajib untuk dibuat bersuci,
hukum halal dan haram serta banyak lagi.

Tujuan mempelajari ilmu tasauf pula supaya setiap amalan yang dilaksanakan
itu benar-benar ikhlas dan dijauhkan daripada bersifat riyak, ujub (hairan
kepada diri sendiri) sombong dan lain-lain lagi.

Selain daripada perkara-perkara asas tersebut suami juga bertanggungjawab
mendidik isteri, berakhlak mulia terhadapnya dan terhadap anak-anak,
ibubapa, sesama isterinya sekiranya ada, rakan-rakan, jiran tetangga serta
masyarakat.

Suami perlu memberitahu isteri tentang adab seorang isteri bersopan santun
dalam segala percakapan dan tindakannya. Juga tentang akhlak semasa bersama
anak-anak iaitu berbual dengan mereka dengan bahasa yang baik dan jangan
suka memaki-hamun mereka dengan bahasa yang kesat. Kerana sesungguhnya
kata-kata ibu itu mengandungi doa; jika tercetus dari mulut ibu kata-kata
seumpama "Beruk punya anak1" maka lahirlah watak beruk pada si anak yang
sukar untuk dilentur perangainya.

Selalu ingatkan isteri supaya banyak bersabar dalam menempuh segala ujian
dan perintah-perintah Allah swt. Ajarkannya batas-batas aurat dan
batas-batas pergaulan seorang wanita. Pastikan auratnya terkawal ketika
pergaulan dengan sanak saudara, sahabat-sahabat perempuan, dan ketika
berhadapan dengan lelaki yang bukan muhramnya. Dan supaya isteri tidak
keluar rumah tanpa izin daripada suami.

Isteri yang berjaya dididik dengan baik akan menjadi insan yang patuh
kepada Allah dan taat pada suaminya dikala susah mahupun senang. Dia akan
menjadi insan yang sentiasa menjadi pendorong serta penasihat kepada suami
dalam hal-hal kebaikan, malah sentiasa mendoakan keselamatan ke atas
suaminya pada setiap waktu.

Kesimpulannya, inilah sebahagian daripada tanggungjawab suami dalam
menunaikan nafkah batin kepada isteri. Kiranya suami jahil dan tidak mampu
untuk mengajar isteri dan anak-anak, dia wajib berusaha mencari guru yang
mampu mengajar. Semoga dirinya dan ahli keluarganya terselamat daripada
seksa di akhirat kelak.

Ibnu Abbas pernah berkata: :Berilah pengertian agama kepada mereka (ahli
keluarga) dan berilah pelajaran budi pekerti yang bagus kepada mereka."

Kebenaran tetap ada walau dalam kesamaran

manusia,malaikat dan syaitan

Manusia: Eh, dah subuh dah?
Malaikat: Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh...
Syaitan: Alahhhhh, kejap lah, ngantuk nih...

Manusia: Nak makan, laparlah
Malaikat: Wahai anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan: Ahhh, tak payahlah... Dah lapar nih

Manusia: Hari ini nak pakai apa yeak?
Malaikat: Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup
aurat...
Syaitan: Ehhh, panas lah, lagi pun tak ada style langsung....

Manusia: Alamak, dah lewat!
Malaikat: Bersegeralah, wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke
kuliah
Syaitan: Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi.... Baru pukul
8.30am

Manusia: Azan sudah kedengaran...
Malaikat: Wahai anak Adam, bersegeralah...
Syaitan: Baru pukul berapa....

Manusia: Eh, eh... Tak boleh tengok nih, berdosa...
Malaikat: Wahai anak Adam, alihkanlah pandangan mu, sesungguhnya
Allah Maha Melihat...
Syaitan: Pergghhhh.... best tu....

Manusia: Saudara ku sedang melakukan dosa...
Malaikat: Wahai anak Adam, cegahlah ia...
Syaitan: Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang...

Manusia: Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat: Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu...
Syaitan: Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah...

Manusia: Aku telah berdosa...
Malaikat: Wahai anak Adam, kamu telah berdosa, tinggalkanlah
dosa
itu dan bertaubatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun...
Syaitan: Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau
sempat)...

Manusia: Kalau pergi, mesti seronok...
Malaikat: Wahai anak Adam, kaki mu ingin melangkah ke jalan yang
dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu...
Syaitan: Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...

Malaikat: Wahai anak Adam, taatilah Allah dan Rasulnya,
kebahagiaan di dunia dan akhirat untuk mu...
Syaitan: Hey anak Adam, Ikutilah aku, kebahagiaan di
dunia(sahaja) dan kebahagiaan di akhirat(jangan mimpilah) untuk
mu...

errrrr.....

Ada sorang wartawan nie....dia keja kat KL. Selalu deal ngan nama-nama
besar tiap2 hari. Jumpa menteri la, temuramah PM la, kuar makan ngan
senator la dan macam2 lagi orang2 berpangkat besar yang dia jumpa....

Nak dijadikan cerita, satu hari dia jatuh sakit....sakit sampai
membuatkan mata dia buta sama sekali. Pasal takde sapa jaga, wife reporter
nie pun bawak la dia balik ke kampung halaman...nun jauh di hulu
negara.....

So...bila bawak balik ke kampung, ramai la orang2 kampung datang melawat
reporter nie. Pasal mata dia buta, so dia cuma meraba raba muka orang2
kampung untuk nak tau sapa yang datang melawat dia tu....

Tapi yang tak bestnyer....setiap kali dia raba muka orang kampung....dia
akan sebut nama2 besar orang2 KL....
Raba muka tok bilal surau, dia cakap.."Oooo.....Datuk Najib
maiii.....raba muka pak mat kedai runcit "Oooo....Ghaffar Baba
mai.....raba muka tok imam..."Oooo....Hishammuddin Tun Husein mai.....

So begitu la ja! dinyer setiap hari.....isteri wartawan nie pun dah malu
ngan orang2 kampung....

Satu hari...pasal dek dah tak tertahan ngan sikap suami dia.....dia selak
kain batik dia....then cakap kat suami dia...

"Hah...cuba raba....sapa yang datang?".....

Wartawan tadi pun raba ler celah kangkang isteri dia seraya berkata.....

"Ooooo....A Samad Said datang rupanyer....."

Yahoo! Messenger - Communicate instantly..."Ping" your friends today!
Download Messenger Now

JAMBAN...

JAMBAN...
Keujudanmu bukanlah sesuatu yang perlu dipertikaikan.
Ketiadaanmu merupakan masalah besar bagi negara-negara membangun
seperti Malaysia.

Kau berada di mana jua di saat kami memerlukan.
Aku tahu ramai yang membencimu.
Cuma mereka akan ingat pada mu bila tibanya
detik-detik yang meresahkan itu.
Ramai yang berkata...baumu kurang menyenangkan.
Tetapi, mereka lupa, bau itu bukanlah bau asal dirimu.
Bau itu sebenarnya datang dari perut mereka dan juga perutku ini.
Ada perut yang mulia dan ada juga perut yang menerima apa sahaja,
walaupun hasil itu bukan yang diterima hukumnya.

JAMBAN...
Kadang-kadang aku berasa kasihan dan simpati mengenangkan nasibmu yang
terbiar tanpa penghargaan.
Mereka menyumbat mulutmu dengan baja semula jadi itu dan kemudian
mereka mengutuk dan mencacimu.
Sungguh besar pengorbanan yang kau lakukan.
Namun jasamu tidak dikenang.
Bagiku keujudanmu adalah simbolik
di dalam kehidupan yang penuh ketidakadilan ini.
Yang bertenggek di atas terus menyalahkan sesuatu yang di bawah...
yang lemah dan tidak mampu melawan.

JAMBAN...
Aku berasa sungguh tenang setiap kali dapat bersamamu.
Segala masalah bagai dapat aku lupakan.
Terasa lapang dadaku...terasa lega mindaku.
Fikiranku menjadi tenang setenangnya air
di dalam aquarium yang tidak berpenghuni.
Kaulah sumber ilhamku.
Kadang-kadang aku terfikir...
adakah Shakespere juga menyanjungi kewujudanmu?

JAMBAN...
Ketika aku menulis catatan ini...aku tahu...karya sebegini tidak akan
terpilih sebagai Karya Terbaik Minggu Ini...
Kerana tajuknya 'JAMBAN'.
Jika anugerah itu diberikan...
pasti ramai yang akan mempertikaikannya.
`Eeee....kotor dan menjijikkan...
macam la tak ada benda lain yang nak ditulis'
Sudah banyak daerah dan negara yang aku lawati.. .
Namun aku tidak pernah mendengar sebarang
penghargaan yang diberikan kepadamu.
Misalnya...'Jamban Terbaik Minggu Ini'...
Ataupun sekurang-kurangnya...'Jamban Terbaik Abad Ini'.
Mungkin tiada siapapun yang akan terfikir untuk memberi anugerah
seumpama itu kepadamu.
Kau bukan bunga...kau bukan batu permata dan kau bukan juga lambang
semangat muhibbah dan kejiranan.

JAMBAN...
Ribuan terima kasih aku ucapkan atas jasamu selama ini...
Dan terima kasih juga kepada mereka-mereka yang melibatkan diri
di dalam usaha pembersihan jamban.
Aku tahu kerjaya seumpama itu selalu dipandang hina dan langsung tidak
mendapat perhatian.
Bayarannya juga amat sedikit dan mengharukan.
Namun aku kagum dengan kesanggupan kalian kerana aku tahu...
Aku juga mungkin tidak mampu untuk melakukannya.
Jika ada yang menghina...bersabarlah...walaupun kerja itu kotor namun
hasilnya adalah halal.

JAMBAN...
Sampai di sini sahaja
yang mampu aku tuliskan untukmu sebagai penghargaan.

Telah lama aku terfikir untuk menulisnya....
Dan sekarang aku sungguh lega kerana berjaya meluahkan apa yang terbuku
di kalbuku selama ini.
Hari ini aku tak berapa sihat....jadi aku nak tidur awal sikit.
Nanti bila aku terjaga pasti kita akan bertemu lagi.
Aku tahu kau tak akan lari.
Kau sentiasa setia menanti di situ.

AKU ABANG DIA!!!!!

Inilah al-kisahnya...

Pada satu hari, di tengah-hari yang panas terik dek mentari...ada sepasang
suami isteri yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya...
Si suami seorang yang panas baran sehingga tak tertahan2 barannya kalau
marah, walhal yang si isteri pulak seorang yang amat penyabar dan lemah
lembut...
Setelah 20 minit berlalu,keadaan kesesakan jalan raya masih belum surut
membuatkan si suami tadi mula naik darah dan melenting2, bagaikan nak
terkeluar stereng kereta dihempap2nya..

suami: hish,marah betul aku! diorang ni,kalau
nak betulkan jalan pun,buat la waktu
lain,ini tak...masa ni jugak terhegeh2
nak buat!
isteri: sabarlah bang...tengok tu,kan ramai
orang kat depan tu,accident kot..
suami: arrrgghh..kau diam! orang perempuan
mana tahu hal2 macam ni!
oooo,accident ye?!
Dengan perasaan marah,si suami tadi keluar dan menghempap pintu kereta
sehingga terperanjat isterinya yang ada penyakit lelah itu..

isteri: eh,abang!nak ke mana tu?
suami:kau jangan banyak tanya!duduk aja
dalam keta ni,aku taula apa nak buat!

Dengan marah yang masih meluap2,si suami tadi berjalan dengan angkuhnya
menuju ke arah orang ramai yang mengerumuni sesuatu tidak jauh dari
situ...tiba2,si suami tadi menarik nafas dalam2 dan menjerit sekuat...

suami: TEPI..T! EPI...AKU ABANG DIA!
AKU ABANG DIAAAA..!

mendengarkan si suami tadi terjerit2 begitu, secara automatik semua orang
beri laluan kepadanya. si suami tersenyum2 dan memuji dalam hati 'menjadi
jugak taktik aku'.
apabila si suami sampai saja di tempat kejadian,bagaikan nak terkeluar biji
matanya melihat 'adiknya' yang terlantar tak bernyawa... mana
tidaknya,'adiknya' itu SEEKOR MONYET! kesiaaann...

_

(Embedded image moved to file: pic02125.pcx)

untitled

Betullah bak kata orang. Bila ada di depan mata, tak pernah di hiraukan.
Malahan, tak berterima kasih dan bersyukur langsung akan kehadirannya.
Kini, barulah aku sedar akan hakikatnya..aku terpaksa menerima kenyataan
yang dia sudah tiada lagi disisiku. Malahan aku terpaksa menerima hakikat
bahawa dia bukan milikku lagi.

Sebak di dada kurasakan. Menitis air mataku mengenangkan sejarah silamku
dan dia. Tiada siapa yang dapat memahami akan perasaanku yang terluka. Aku
menyendiri, tak mahu berjumpa dengan sesiapa. Tak mahu berjumpa dengan mak
dan ayah yang telah memisahkan kami berdua apatah lagi dengan wanita yang
bakal menjadi isteriku itu. Biarlah aku pendam sebuah luka di hatiku.

Kini, malamku terasa begitu sunyi... tidak seperti dulu sewaktu aku
bersamanya.. Sukar untuk aku melelapkan mata. Ku pusing ke kanan,ku pusing
ke kiri, tak bisa juga aku melelapkan mata. Dia kembali menerjah ke
fikiranku. Oh tuhan... mengapa ini mesti terjadi pada diriku?

Mengapa sanggup kedua ibu bapaku memisahkan kami berdua? Tidakkah mereka
tahu hubungan yang terjalin setelah sekian lama ini? Tidakkah mereka
mengerti bahawa aku tidak boleh hidup tanpanya? 1400

Aku tak dapat menahan lagi kesedihan yang ku pendam dan sebak di dadaku.
Tanpa ku sedari, aku meraung sekuat hati "Kamu semua kejam, kejam,
kejaaaaam"

"Kenapa dengan kau ni?"... ayah tiba tiba muncul didepanku. Dalam hatiku
seraya berkata "eleh... sudah gaharu cendana pula... sudah tahu bertanya
pula orang tua nih". Mak menghampiriku dan duduk disebelahku.

"Man, bukan niat ayah dan mak engkau nak buat begitu. Ini untuk kebaikan
kau juga. Takkan bila dengan si Milah tu pun kau nak bawa dia bersama? Apa
kata Milah nanti?"

"Apa berdosakah Man kalau Man bawa dia bersama? Kalau Milah sayangkan Man,
Milah akan terima dia sebagai madunya. Apa salah dia? Apa salah kami, mak,
ayah?"

Tiba tiba ayah naik berang "Tak salah kau kata? Halo... umur tu dah
berapa... . kahwin kau minggu depan je lagi. Takkan kau nak bawak bantal
busuk kau tu sekali? Mangkuk ayun punya anak".

Aku terkedu tak terkata.

Moral of the story : tak tahulah kalau ada yang tua bangka tu still dok
gentel bantal busuk malam malam. Malulah sikit!!