Tazkirah: Radio 3 Pulau Pinang tentang Kiamat
Pendengar 1
Saya hendak bertanya, baru-baru ini saya telah mendengar dari seorang
ulama yang mengatakan ini ialah tanda-tanda kiamat. Kemungkinan
katanya kiamat yang akan datang sekali lagi mungkin akan menghapuskan
separuh daripada penduduk dunia ini. Apakah benar Dr. DD
Response Dr Danial Zainal Abidin kpd pendengar radio 3 Pulau Pinang
Ada benarnya. Bila saya merujuk pada hadis Bukhari disebutkan bahawa,
antara tanda-tanda bahawa kiamat besar itu sudah menghampiri kita
ialah gempa bumi semakin kerap menimpa kita. Sekarang kita sedang
bercakap tentang gempa bumi yang jarang-jarang melanda bumi Malaysia
tetapi tiba-tiba melanda dengan dasyat sekali. Jadi memang ada hadis
yang bercakap tentangnya. Sebenarnya bila saya mengkaji, membaca
tentang apa yang berlaku di bandar Aceh dan juga dikawasan-kawasan
yang lain dan sempat menziarahi dan melihat kesan-kesan daripada
ujian, musibah ini kepada masyarakat di Malaysia. Memang itulah yang
terdetik dihati saya. Sebenarnya kiamat begitu dekat dengan kita,
sebab dalam ceramah-ceramah saya, saya mengatakan Yajuj dan Majuj
telah ada. Dajjal pun telah ujud kalau kita kaji hadis-hadis nabi.
Tanda-tanda kecil atau the minor signs of the Qiamah, hampir
kesemuanya telah pun berlaku. Jadi kita sedang menanti yang agak besar
lagi seperti matahari terbit dari sebelah barat dan seumpamanya, tapi
sekadar Dajjal, Yajuj dan Majuj bagi saya yang saya telah bukukan juga
apa yang telah saya temui berpandukan Quran dan Sunnah saya rasakan
telah ada.
Gempa bumi yang semakin lama semakin kerap, semakin dasyat ini juga
menampakkan kiamat semakin hampir dengan kita. Bagi saya apa yang
berlaku ini, jangan kita lupa untuk mengambil peringatan. Peringatan
bahawa mati itu begitu hampir dengan kita. Peringatan bahawa kiamat
itu begitu hampir dengan kita. Peringatan bahawa kehidupan ini sudah
sampai ke penghujungnya. Ini petanda-petandanya. Sebab itu bila saya
melihat apa yang berlaku, saya ingin mengatakan bahawa saya bersetuju
dengan mereka yang mengatakan bahawa kita begitu hampir dengan kiamat
sebab mereka tidak bercakap mengikut hawa nafsu. Ada dalil yang
menyokong semua itu apatah lagi bila ada tokoh dari Mercy Malaysia
yang pergi ke bandar Aceh dan mengatakan bahawa beliau tidak pernah
melihat musibah sedasyat ini. Beliau pernah pergi ke Iran tahun lepas
sebab pada tarikh yang sama 26 Disember 2003, gempa bumi berlaku di
Bam,Iran. Tetapi tidak sedasyat ini. Beliau merasakan seoalah-olahnya
ini kiamat sebab ibu yang sedang mengandung tiba-tiba tanpa disedari
anaknya sudah dilahirkan, tergantung uri, Seolah-olahnya macam apa
yang disebutkan oleh Al-Quran bahawa bila kiamat berlaku begitulah
keadaannya, ibu yang mengandung tidak menyedari tentang anak sedangkan
ibu ini begitu sayang dengan anak walaupun anak ini belum dilahirkan.
Tiba-tiba dia lupa tentang anak sebab kedasyatan kiamat. Berlaku kata
Dr yang pergi kesana.
Ini semua peringatan supaya kita tidak lagi melupakan Allah dan juga
peringatan bahawa teknologi dan apa yang ada ditangan manusia ini
kerdil kalau kita bandingkan dengan kuasa ilahi. Jangan kita lupa pada
tahun 1990an satu gempa bumi yang dasyat telah menimpa Kobe, Jepun.
Kobe ini ada satu yang hebat tentang mereka. Mereka ada alat-alat
teknologi yang canggih yang dapat mengesan gempa bumi sebelum ia
melanda Kobe. Tetapi walaupun ada teknologi yang canggih, gempa bumi
melanda juga. Kata pakar-pakar yang menganalisis keadaan mereka
mengatakan, banggunan-banggunan yang besar dan tinggi seolah-olahnya
ia diperbuat daripada kertas. Allah hendak mengingatkan kita bahawa
teknologi kamu kerdil. Yang besar akbar hanya aku. Sebab itu orang
islam disuruh berkata Allahu Akbar.
Saya amat bersedih hati sebab masih ada orang islam bila berdepan
dengan malapetaka ini, masih tidak solat dan tidak menutup aurat.
Malah saya harus mengatakan bahawa ada mangsa-mangsa Tsunami ini tidak
solat. Bila saya menziarahi setengah-setengah tempat, mereka tidak
solat. Mereka hanya menceritakan apa yang berlaku, ia boleh sebab
dalam kaunseling kita mengizinkan, menceritakan semula dan
berulang-ulang kali tetapi jangan sampai kita lupa kepada yang lebih
utama iaitu solat dan Allah berkata kepada kita, Wahai orang-orang
yang beriman minta bantuan kepada Allah dengan 2 cara. Pertama dengan
sabar. Kedua dengan solat. Kita hendak meminta kepada siapa, kepada
kerajaan boleh tapi ada batasan, kepada manusia ada batasan tapi
kepada Allah tidak ada batasan, tetapi Allah mengatakan jika hendak
meminta bantuan kepada Allah ada jambatannya.Jambatannya ialah sabar
dan solat. Tiba-tiba solat tidak dilakukan, bukanlah semua tapi ada.
Ini yang kita rasa sedih. Sudahlah mendapat ujian tiba-tiba kita tidak
menafaatkan ujian itu. Itu yang paling malang.
Ulasan DJ - Sepatutnya masjid dan surau dipenuhi dengan orang
berikutan rentetan daripada malapetaka ini.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home