Tuesday, January 18, 2005

Fwd: LAWAK BERACUN

Racun

"Seorang petani sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu
mencuri nangka di kebunnya. Akhirnya ia mendapat idea... Di tengah-tengah
kebunnya ditelakkan papan tanda yang besar bertulis..

'AWAS.. SATU DARI NANGKA-NANGKA INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN'

Keesokan harinya.. petani itu tersenyum kerana mendapati nangka-nangkanya
itu tidak dicuri lagi..

Seminggu selepas itu.. Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik
nangka-nangkanya untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan tiada nangkanya
yang hilang... tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya
terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis..

'KINI ADA DUA NANGKA YANG DISUNTIK RACUN'

Suami Tak Paham Maksud

Pada suatu pagi, si isteri bertanya kepada suaminya....

Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami : Kenapa?
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila
pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving
betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami : Nak mampus.... Mana abang kenal isteri dia?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home